Wednesday, 8 May 2013

TUDUNG CANTIK


KATA HATI...luahan rasa.Assalamualaikum...hari ini aku ke sekolah selepas  4 hari bercuti,...amboi lamanya...yelah..sabtu,ahad sambung isnin sebab kerajaan negeri selangor dah awal awal mintak cuti utk rakyat selangor yang sayangkan negeri selangor.Tapi aku pulak sambung lagi sehari sebab kepala rasa melayang jer dek penangan selsema dan batuk.
So,,,hari ni tentunya menyiapkan laporan Nilam yang tak sempat minggu lepas dan bila check kat whatsapp GPM Kajang,,dah ada makluman kena hantar segera.Apalagi..aku pun terus je la print laporan ,pergi pejabat dan jumpa bos.
Lepas bos sain laporan..bos tegur cantik tudung..he he..aku pun jawab tudung murah jer puan...Actually,,itulah first time aku pakai tudung ala ala Fareeda tu kat sekolah,,bukannya apa takut terlebih glamur walhal ramai ajer kat sekolah tu yg bertudung ala ala fareeda.Maka terbukalah cerita tentang peminat tudung Fareeda yang sanggup membentang tikar seawal jam 6.30 pagi didepan kedai Fareeda dekat ngan rumah aku.
Bos aku punyala gelak bila dengar apa yang aku ceritakan...
Kesimpulannya,,,,lepas ni bolehla ke warta walk dan pilih pilih lagi tudung yang berkenan...he he,..harganya takla semahal Fareeda which aku rasa tak sanggup nak spend sebanyak itu untuk sehelai tudung.

Semoga semuanya dalam rahmat Allah dan bersama sama lah kita mendapatkan keredhaannya.

Thursday, 2 May 2013

DALAM DIAM

KATA HATI...luahan rasa....cerita 2 hari sudah.Memang seronok bila dapat keluar jalan jalan terutama waktu kerja...opps .bukan curi tulang ya tapi memenuhi aktiviti sekolah juga.Tengah seronok bershopping novel..tetiba dapat call dari anak murid..cikgu..boleh tak kami nak pergi midvalley?Aduhai..bagai nak gugur jantung bila anak murid cakap ramai kawan kawan tgh tunggu komuter..teruslah aku punya suara naik pitch paling tinggi....hmmm...dalam diam rupanya mereka ada plan baikkk punya.Sia -sia betul aku buang air liur sampai sakit tekak memberikan taklimat sebelum pergi...walaupun ada yang terlepas juga tapi alhamdulillah semuanya selamat balik ke pwtc....tapi mereka ingat mereka akan selamat dari tindakan keras aku..he he.janagan harap ok..memang siapla diaorang nak kena belasah ngan aku nanti.Sudikan baca kata hati lia ya.semoga semuanya dalam rahmat Allah dan bersama sama lah kita mendapatkan keredhaannya.

Monday, 22 April 2013

LUPAKAN SEKEJAP

Assalamualaikum..KATA HATI...luahan rasa.Justeru itu...aku ingin berkongsi apa yang aku rasa.Lupakan sekejap perkara lain...hari ini ingi.n cuba menulis.Setelah 5 tahun blog ini ku bina,baru hari ini tergerak hati semula untuk membukanya...lama dah kan...lupakan sekejap minat yang satu...rasanya ahli keluarga ku tahu minat aku...baca novel, baca novel,baca novel...mr.hubby duk perli aje..cuba tulis pulak..he he..yang sebenarnya bekalan novel dah habis.nak singgah ke PR kedai buku terkenal kat bangi ni terasa malas sangat. Sudikan baca kata hati lia ya...semoga semuanya dalam rahmat ALLAH dan bersamalah kita mencari keredhaannya.